Pelbagai Pilihan Pelaporan Sedunia

 

Khidmat Pemberi Maklumat disediakan 24 jam sehari, 365 hari setahun. Anda dapat melaporkan salah laku yang disyaki – tanpa mengenalkan diri jika mahu – dengan salah satu cara berikut:

 

Untuk membuat laporan melalui telefon dalam bahasa tempatan anda  - klik di sini

 

Untuk mengemukakan kebimbangan secara dalam talian atau melalui borang web dalam bahasa tempatan anda  - klik di sini

Selamat datang ke Khidmat Pemberi Maklumat Amcor

Di Amcor, kami bertekad untuk menegakkan amalan beretika dan hubungan yang jujur. Inilah punca yang penting mengapa rakan kerja kami, pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan lain mahu bekerjasama dengan kami.

 

Nilai-Nilai Teras kami menentukan perilaku kami sebagai rakan kerja Amcor. Nilai-Nilai Teras kami melakarkan ciri-ciri yang dapat diharapkan oleh pelanggan dan pihak berkepentingan lain atas kami. Tata Laku kami membentangkan taraf perilaku yang dikehendaki atas kami semua.

 

Kami berbangga melakukan perkara yang betul.

 

Khidmat Pemberi Maklumat

Khidmat Pemberi Maklumat Amcor disediakan untuk semua rakan kerja, pelanggan, kontraktor, pembekal utama dan pihak ketiga lain bagi melaporkan kebimbangan atau apa jua yang dilihat atau disyaki bersifat:

• Penipuan (pencurian atau ketidakwajaran akaun)

• Sogokan / rasuah

• Perilaku tak beretika / menyalahi undang-undang

• Konflik kepentingan

• Pelanggaran dasar atau peraturan keselamatan dan alam sekitar

 

Dalam keadaan tertentu, disebabkan perbezaan undang-undang tempatan, hak untuk merahsiakan pengenalan diri atau jenis kebimbangan yang boleh dikemukakan mungkin terbatas. Apabila mengemukakan kebimbangan melalui telefon atau dalam talian, anda akan dimaklumkan tentang batasan yang berkuat kuasa. Seandainya anda tidak dapat mengemukakan laporan disebabkan jenis masalah, anda patut hubungi seorang ahli Jawatankuasa Pemberi Maklumat (Penasihat Umum Kumpulan, EVP Sumber Manusia atau VP Audit Dalaman Kumpulan) yang akan merahsiakan pengenalan diri anda sepanjang masa.

 

Khidmat Pemberi Maklumat Amcor disediakan oleh  “NAVEX Global”, sebuah syarikat pihak ketiga bebas. NAVEX Global merupakan pembekal terkemuka yang menyediakan khidmat ini kepada banyak syarikat berbilang negara.

 

Amcor mempunyai Dasar Pemberi Maklumat yang merumuskan tujuan khidmat ini dan memberi perincian bagaimana rakan kerja dapat disokong jika mengemukakan kebimbangan.

 

Melaporkan Kebimbangan

Proses melaporkan kebimbangan:

• Apabila anda mengemukakan kebimbangan (melalui mana-mana saluran), anda akan dimaklumkan bahawa anda boleh merahsiakan pengenalan diri.

• Maklumat yang anda kemukakan akan dikirimkan kepada Jawatankuasa Pemberi Maklumat, yang terdiri daripada wakil kanan Bahagian Undang-Undang, Sumber Manusia dan Audit Dalaman Kumpulan.

• Jawatankuasa Pemberi Maklumat akan menentukan jawapan yang wajar dan biasanya akan merujukkan perkara itu untuk siasatan oleh Kumpulan Perniagaan yang relevan.

• Semua kes akan dilaporkan kepada Lembaga Pengarah Amcor.

• Laporan akan dikendalikan dengan segera dan secara sulit.

 

Soal Jawab:

S.  Bolehkah saya dikenal pasti jika melaporkan kebimbangan tanpa pengenalan diri?

J.  Tidak. Khidmat Pemberi Maklumat Amcor ditempatkan di syarikat pembekal pihak ketiga bebas, menggunakan sistem yang tidak dapat diakses oleh Amcor. Amcor tidak akan dapat menentukan nombor telefon, e-mel atau alamat IP berkaitan yang digunakan untuk melaporkan kes kepada khidmat ini.

 

S. Jika saya kehilangan ‘nombor pengesahan’ atau kata laluan, bagaimana?

J. ‘Nombor pengesahan’ merupakan pengenal pasti unik untuk setiap kebimbangan yang dikemukakan. Demi keselamatan, jika anda hilang nombor atau kata laluan anda, nombor atau kata laluan baru tidak dapat diberikan. Anda perlu membuat kes baru dan mengulang butir-butir untuk mengajukan kebimbangan.

 

 

 

Laporan melalui telefon

Laporan dalam talian

 

Didayakan oleh NAVEX Global | © 2017 NAVEX Global Semua hak terpelihara.