Soalan Lazim

1. Maklumat apakah yang perlu dihantar melalui ETHOS Lines

ETHOS Line telah diwujudkan untuk menguruskan cadangan, pertanyaan dan pelanggaran yang mungkin berlaku. Terdapat dua pilihan untuk menghantar aduan bergantung pada tujuannya:

1. Urusan Kewangan, Perakaunan dan Pengauditan

  • Persoalan tentang urusan perakaunan, kawalan perakaunan dalaman atau pengauditan.
  • Amalan yang tidak sah atau mencurigakan yang boleh memberi kesan kepada penyediaan maklumat kewangan
  • Kegagalan untuk mematuhi prinsip perakaunan dan piawaian pengauditan
  • Aduan berkenaan entiti yang tidak disatukan dan urus niaga luar kunci kira-kira yang perlu dipertimbangkan dalam penyata kewangan.
  • Mana-mana bentuk penipuan kewangan oleh pekerja atau pihak ketiga yang ada kaitan dengan CEMEX.

2. Etika, Tadbir Urus dan Pematuhan - Etika dan Pematuhan: Tindak laku tidak beretika atau menyalahi undang-undang, yang berkaitan dengan:

  • Hubungan Pekerja, termasuk proses perekrutan kami (apa-apa bentuk diskriminasi atau mewujudkan tanggapan salah), kegagalan mematuhi undang-undang dan peraturan buruh, apa-apa bentuk gangguan, dan tingkah laku tidak beretika melibatkan kerjasama dengan pihak lain.
  • Hubungan Pelanggan atau Pembekal, termasuk mana-mana bentuk diskriminasi, gambaran palsu berkenaan kesediaaan dan/atau kualiti produk, kegagalan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan perdagangan dan persaingan, amalan perdagangan yang tidak adil dan penerimaan atau pemberian hadiah tanpa kebenaran atau tidak wajar, penyediaan perkhidmatan dan layanan istimewa yang lain.
  • Hubungan Kerajaan, termasuk kegagalan mematuhi undang-undang, peraturan, piawaian dan peruntukan undang-undang yang lain, dan tingkah laku melanggar undang-undang atau tidak wajar yang melibatkan hubungan kami dengan kerajaan sebagai pelanggan, pembekal, pemegang saham dan promoter
  • Hubungan Masyarakat, termasuk menjejaskan masa depan CEMEX atau kualiti hubungan dengan masyarakat setempat dengan menyokong penyelesaian sebahagian atau jangka pendek, dan meminta atau menerima apa-apa faedah peribadi atau pertolongan untuk memegang jawatan awam sebagai balasan untuk sokongan yang disediakan oleh CEMEX.
  • Menggunakan aset secara tidak wajar termasuk tingkah laku tidak wajar atau boleh dipertikaikan yang melibatkan operasi atau aktiviti pengurusan wang tunai CEMEX, mencuri atau menyalah guna mana-mana aset syarikat atau penggunaan aset CEMEX untuk aktiviti menyalahi undang-undang.
  • Tingkah laku lain yang melibatkan konflik atau konflik kepentingan yang sebenar atau berpotensi berlaku, keselamatan dan kesihatan tempat kerja, tanggung jawab persekitaran dan penggunaan maklumat sulit secara tidak wajar.
  • Perkara-perkara lain yang melibatkan undang-undang atau peraturan berkenaan, serta dasar CEMEX yang berkaitan

- Kawalan:

  • Isu yang berkaitan dengan cara CEMEX diuruskan atau disusun.
  • Perkara yang melibatkan organisasi dan fungsi lembaga pengarah, jawatankuasa lembaga dan pengurusan kanan CEMEX.

2. Siapa yang akan dokumentasikan kekhuatiran saya?

The Network, Inc. The Network merupakan pembekal luar yang memiliki pengalaman panjang mengembangkan program memupuk etika di tempat kerja dan membantu pengurangan risiko. The Network akan mendokumentasikan kekhuatiran anda dan menyampaikan maklumat itu ke Cemex.

3. Siapa yang mengendalikan kes berkenaan di Cemex?

Setelah dokumentasi oleh The Network, kekhuatiran anda akan disalurkan untuk penyelesaian oleh Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Etika, atau pihak Pengurusan Kanan, mengikut keadaannya. Siasatan akan dijalankan sejajar dengan dasar CEMEX. Jika anda memberikan maklumat hubungan, anda mungkin menerima jawapan. Jangka masa respons mungkin berbeza mengikut kerumitan situasi.

4. Apakah tanggung jawab Jawatankuasa Audit?

Antara lain, Jawatankuasa Audit bertanggung jawab meluluskan transaksi pihak berkaitan, memilih dan mengupah juru audit luaran Syarikat, dan mengkaji dasar perakaunan Syarikat yang kritikal. Selain itu, Jawatankuasa Audit diwajibkan oleh undang-undang untuk mewujudkan prosedur bagi pekerja mengemukakan secara sulit dan tanpa nama kekuatiran tentang urusan perakaunan atau pengauditan yang mencurigakan. Prosedur ini direka supaya mematuhi kewajipan undang-undang tersebut.

5. Apakah tanggung jawab Jawatankuasa Etika?

Antara tanggung jawabnya adalah memastikan nilai kami kekal dan berkembang di seluruh organisasi, menyediakan pendekatan yang berstruktur untuk penyelesaian yang berkaitan dengan etika, memastikan penafsiran dan penguatkuasaan Kod secara konsisten di seluruh dunia, bertindak sebagai lembaga penasihat dan melakukan penyiasatan langsung apabila diperlukan.

6. Adakah aduan saya akan diperlakukan tanpa nama dan secara sulit?

Ya, semua aduan yang diterima melalui ETHOSline akan dilayan secara sulit dan, jika anda memilih, secara tanpa nama. Namun, oleh kerana maklumat tambahan mengenai aduan anda mungkin diperlukan, kami mencadangkan agar anda menyediakan akaun e-mel (yang boleh direka tanpa nama). Anda boleh membuat akaun e-mel dengan mana-mana pembekal akaun percuma: HotMail, Yahoo! Mail, Gmail. Biasanya terdapat pautan (Daftar) untuk mewujudkan akaun e-mel baru di halaman utama.

7. Bagaimana cadangan dan pertanyaan saya akan ditangani?

CEMEX menggalakkan komunikasi terbuka dengan pekerjanya. Cadangan dan pertanyaan akan ditangani secara teliti dan sulit. Jika anda memberi maklumat hubungan, kami mungkin menghubungi anda jika memerlukan maklumat lanjut atau jika kes memerlukan tindak balas.

8. Adakah ETHOSline tapak yang terjamin aman?

ETHOSline menggunakan teknologi Secure Sockets Layer (SSL) yang memastikan semua maklumat yang dihantar ke ETHOSline disulitkan dan dilindungi daripada pendedahan kepada pihak ketiga.

9. Bolehkah saya mengakses ETHOSline dari luar syarikat?

Ya, anda boleh mengakses ETHOSline melalui komputer yang mempunyai akses internet di alamat web berikut yang terjamin aman: https://wb.cemex.com.



ETHOSline diuruskan oleh pihak ketiga, The Network, dan disediakan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. The Network akan mencatatkan persoalan yang anda timbulkan dan menyampaikannya kepada CEMEX.